contact number

My contact number 01137063147 call/sms

Monday, December 9, 2013

Anak ayam daging (broiler chicken)

Salam.

Untuk kawan2 yg nak test bela ayam daging kuantiti kecil boleh hubungi saya..saya boleh supply tp minimum order 300ekor.

HARGA ikut harga semasa pengilang sbb anak ayam dging berubah2 harganya ikut demand and supply.

Call/sms 01137063147 untuk keterangan lanjut

Sunday, December 1, 2013

Anak ayam kampung asli untuk dijual

Salam.

Buat masa nie ada 400ekor++ anak ayam umur 2minggu, 300++ umur 3minggu, dan 200++ anak ayam berumur 4minggu lebih..

Jemput dtg ke reban atau call/sms untuk beri alamat penghantaran.

Harga dan kuantitI boleh dirunding. 01137063147 sue/suffian

Terima Kasih

Tuesday, November 19, 2013

Design brooder cara kani

Asyik postimg iklan je pun bosan jugak..setakat nk iklan anak ayam rasanya pembaca pun dh tau produk jualan kami...hehehe anak ayam kg ori sentiasa je ada stok.pelbagai umur.

So skang kami nk bercerita la bab brooder..hat dulu2 design brooder mcm biasa la buat kotak 2x2 buh lantai jaring...la nie masa pun dh berubah jd design brooder pun berubah jgak la.

Pengalaman dh bgtau kami...anak2 ayam yg dijaga dgn baik pada peringkat awal akan lebih menjamin hasil yg baik...oleh kerana yg demikian, peringkat perindukkan adalah sgt penting..

Design brooder yg sebaik2 nya mestilah dpt memberi haba yg diperlukan..maksud sy, anak ayam perlu suhu yg stabil dan kepanasan yg mencukupi..jadi penting brooder nie boleh tampung dan "pegang"  suhu yg diperlukan..

Bagi sy..suhu pada brooder pasa peringkat 3 hari pertama ialah 35'C lpas tue turun 1'C setiap sehari berikutnya..kemudian hari ke 9 suhu dh turun pada 30'C.. suhu nie kemudian sy maintain pada 29.5'C sampai sy turun ke reban bawah ataupun semasa menjual..pada hujung minggu ke dua biasanya anak ayam sy dh ckup kuat utk hidup tanpa bantuan haba.

Mcm mana nk control suhu? Guna thermostat lah..tp sy cadangkan guna thermostat digital..tk mahal mana pun..lg mudah nk set dr guna analog..

Design brooder di reban kami,  brooder bersaiz 4x6 bertutup keseluruhannya...suhu dikawal dgn bantuan termostat digital. Bahan pemanas menggunakan mentol lampu 100watt X2.. dua biji mentol 20watt digunakan sebagai guide lights utk menerangi brooder sentiasa...kipas 4inci X2 digunakan utk menarik udara sejuk dr luar dan mengeluarkan udara panas dr dlm brooder.. lantai brooder di lapik dgn habuk kayu...

Thursday, October 31, 2013

Inkubator automatik : Mengapa beli dari kami

Salam. 

Ada bakal buyer yang call dan tanya sebutharga inkubator yang sy berikan kpd mereka adalah sangat dan tersangat mahal. Disini suka sy nyatakan harga inkubator sy adalah sgt berpadanan dgn apa yg buyer sy dpt.

Utk harga yg diberikan..anda dpt inkubator direct ke pintu reban atau ladang anda. Inkubator yang dihantar adalah di import secara half complete maksudnya wiring tidak dipasang..suhu dan humidity tidak di calibrate dsb. Itu mengambil masa selama 3 hari utk setting segalanya dengan sebaik mungkin. Teknikal team kami adalah individu yang sangat mahir dengan komponen elektrikal dan kuasa elektrik.

Stok inkubator pula ada tersedia sentiasa. Tidak perlu menanti bayaran deposit 50% atau sebagainya..deposit ini biasanya diperlukan untuk membuat proses pengimportan kerana stok tiada ditangan penjual. Ini berbeza dengan proses jualan dengan kami dimana disini anda dtg pilih dan kami hantar mengikut jadual yang dipersetujui. Kos penghantaran sudah termasuk dalam sebutharga.

Bagi yang belum pernah membeli barangan direct dari pengeluar pasti belum memahami kesukaran mendapatkan alatganti. Ya alatganti yang mudah boleh didapati di pasaran biasa. Tetapi bagi komponen utama"heart of the incubator" sistem komputer tidak disertakan. Disini masalah timbul dimana alatganti yang biasa diberi ialah cuma alat ganti spt heater coil dan juga motor. Alat ganti yang lain seperti kipas biasanya tidak disediakan kerana tidak termasuk dlm waranti pengilang. Tapi kami berbangga kerana kami memiliki stok alat ganti yang lengkap tersedia sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Proses sangat mudah disini dimana anda akan dapat alatganti anda dgn segera dan yg selainnya kami uruskan dengan pengilang dimana kami adalah agent distributor rasmi. Ramai penjual memberi ayat standard pengilang iaitu jaminan 3tahun tp tahukah anda bagaimana urusan tuntutan jaminan diuruskan?

Segala tuntutan jaminan adalah dengan anda berhbung dengan wakil pengilang melalui email atau jika anda mahu melalui panggilan telefon dgn wakil yg biasanya kurang mahir berbahasa inggeris. selepas itu anda perlu menghantar item yang rosak kepada mereka di sana dgn kos ditanggung anda. Alatganti akan diberi kemudiannya dgn segala kos juga akan ditanggung oleh anda...disini penuntut jaminan biasanya akan melalui satu proses yang menyakitkan hati dimana mereka akan meminta anda membeli sesuatu produk. Jika anda berkeras enggan membeli..barang biasanya akan di pos kembali lewat sehingga memakan masa berbulan (jika pun di pos). Pada masa itu segala panggilan anda kpd penjual inkubator anda di malaysia pun tk berguna sbb mereka pun akan menghadapi masalah serupa spt anda. Ini berbeza dgn kami  kerana kami mempunyai wakil di sana dan kami juga telah berurusan sekian lama dgn pengilang.

Time to response untuk sebarang on site visit yang percuma kami jalankan adalah biasanya dlm 1 ke 2 hari aduan diterima. 

Kos-kos utk melakukan maintenance adalah percuma tidak kira dimana lokasi buyer kami berada kerana selain menjual inkubator, kami juga menjual dan mengedar ayam ke pelbagai lokasi..location is our last concern!

Saturday, October 26, 2013

servis Inkubator

Baru-baru ini Encik suami dan off course sy sekali tour merata buat servis inkubator....sooo busy tp bessttt dpt jalan2........

sekitar tempat penternakan pemilik ladang


bukak inkubator dulu...


Turunkan kipas

Monday, September 16, 2013

Anak ayam untuk dijual

Assalammualaikum,

posting nie adalah post first saya sebagi owner baru blog aku penjual ayam..patut la mr husband sblm nie suka sgt hantar anak ayam kpd customer..seronok sgt bila pergi jual anak ayam...Syukur sgt sejak ambil alih biz nie dr mr husband (hari ke 3 puasa), anak ayam menetas dgn byk nyá...ramai jgak kenalan baru dan contacts baru yg saya kenal...

Terima kasih atas kepercayaan utk buat urusniaga dgn saya..tp maaf juga lah sbb kekangan masa sebagai seorang ibu dan isteri, saya tk dapat lah mcm suami dulu anytime tk kira pukul berapa pun boleh angkat phone atau balas email...masa saya agak terhad tp sebarang panggilan tk berjawab, sms dan email insyaallah akan saya balas kembali..

di kesempatan ini juga, saya ada nk beritahu, saya memiliki stok anak ayam berumur 1minggu, 2minggu, 4minggu dan 6minggu untuk yang berminat..

boleh la hubungi saya untuk maklumat lanjut 011371063147 wan sue

Thursday, July 18, 2013

Bulan Ramadhan, bulan rahmat dan keberkatan

Assalammualaikum,
Salam ramadhan dr kami sekeluarga...
Tak lama lg blog nie akan ada penyumbang "input" yang baru... baru2 nie sy diberi peluang untuk terbabit dalam satu J.V...so perlukan komitmen yg tinggi dan yg penting untuk elak sebarang " conflict of interest", maka rasanya elok klau sy pass urusan pembekalan anak ayam dan inkubator pada teman rapat merangkap co-owner, co-driver dan segala mcm co- lg lah..bukan siapa2 pun tp my wifey jer...
Untuk yg rasa2 nya yang baru2 nak bela ayam boleh juga dptkan info dr puan wan suriati nie. Yang "otai" tue sy minta tolong lah klau dpt tolong ajar, share,ajar info baru kpd wan sue..insyaallah ilmu yg baik kalau di kongsi amat bermanfaat...nk dptkan benih atau nak order/tanya psl inkubator dan jugak bantuan2 berkenaan ayam boleh la terus hubungi wan sue nie...no contact buat masa nie seperti di atas.. 01137063147..
Untuk pembeli2 inkubator fully auto kami, jaminan dan warranti semua mcm biasa..teknikal team pun org biasa jugak...yg beza skang nie ialah urusan jual beli benih anak ayam dan inkubator wan sue yang urus...update blog pun wan sue jugak...sbb lpas nie sy tukar base sudah! Hohohoho tempat tue mmang selalu sy cita2kan nk pergi.
Anyway belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak

Saturday, June 22, 2013

Pembinaan reban baru dan suasana sekarang

Sekitar kawasan reban ayam sy..reban baru make up dh separuh jalan...tinggal lg bubuh kaler2 kt tiang setel lah sudah...visitor di alu-alukan dtg tp minta tolong sgt2 if nk dtg, straight dr bilik mandi rumah, pakai baju lawa2 terus dtg tempat sy tk mau singgah reban ayam lain..kesian ayam2 klau terkena jangkitan kuman dr reban lain...yg sebenarnya lg kesian kat sy la... :p

Thursday, June 20, 2013

Anak ayam..

Salam,

Ada anak ayam belen dlm 130ekor...siapa nak sila msg 012 6863157...call ntah kenapa mesti trus masuk voicemail...leceh la pulak...

Tuesday, June 11, 2013

Salam..

Sekadar nk share gambar reban didik anak2 ayam saya...tukang buat sendiri tk pro tp cita2 tinggi nk buat sendiri...so inilah hasilnya..patutu boleh lg cantik klau guna tape ukur tp nie semua main agak2 jer...tkde ukur2....so dh tau la kerja klau tools semua lengkap, akan cepat siap...

well so far all the item and cost are within budget...minor improvement dr segi kosmetik akan menyusul kemudian...yg penting structure kena siap dulu...





















Monday, June 10, 2013

Handphone sy rosak

Salam,

No hp biasa sy 012 6863157 rosak, di minta sahabat dr termerloh dan dr tanjung malim hubungi sy melalui email nabilsuffian@yahoo.com sementara siap repair nie..nk beli baru rasa mcm tk ptut la plak..hehehe

Sunday, June 9, 2013

Buat brooder mudahh utk penternak suka-suka / hobbyist

Salam semua,

Kali nie nak share pengalaman sy mula2 sekali buat brooder..

1.Bahan yg diperlukan ialah 8 batang kayu 2X1, beli seikat 20btg pun tkpe
2.Segulung dawai 1/2"X1/2"
3.Paku secukup rasa agak dlm 2hengget ok la, size paku tanya lah masa beli kayu tu
4.Kemudian barang2 pertukangan yg penting tali tape(pau wife punya tali tape jahit sudah, amik sekali gunting kain senang nk potong dawai nnti dhm kapur yg kaler biru tue...ala brg2 nie biasanya sekali tempat je diorang bubuh..tukul besi dan gergaji..klau ada jigsaw lg mudah kerja...jigsaw ialah gergaji elektrik kecil tue yer..
5. Sebotol coke penghilang dahaga..klau yg merokok sekotak rokok,lighter jgn lupa!
Siap sedia bahan2 nie boleh la mula step kedua..

1.  Ambil 2 batang kayu 2X1 td dan potong sama panjang kepada 4 bahagian...makna kata sebatang potong 2 dua btg dpt la 4 kan...tanda pakai kapur jahit td A1..A1 nie akan jd kaki kepada brooder tue..

2. Ambil 6 batang kayu, ukur ngam2 10kaki..siap ketepikan..

3. Gulungan dawai td bukak elok2, jaga2 dia biasanya cantumkan pakai chemical...bisa klau tergaris dawai nie...dh bkak, letak 2 btg kayu 10kaki tadi bawah gulungan dawai..1kayu baris atas gulungan dawai satu kayu bawah..ok pakukan dawai nie sepanjang2 kayu td..

4. Dh siap potong dawai yg berlebih...mulakan step nie semula pada belen 4 lg kayu...

5. Siap boleh minum air dulu sambil hisap rokok...rileks jap tk kemana pun brooder tue.

6. Lepas tue ambik 3 batang kayu 2X1 td. Ukur 3kaki potong so dpt 9btg kayu panjang 3kaki...belen jgn buang ada guna..

8. Kayu 3kaki dlm step diatas pakukan kpd kayu berdawai dlm step 3 td..jarak agak2 la 10kaki bahagi 3..so skang siap dh 2 dinding dan lantai brooder.

9.  Ambik kayu 3kaki lg dan pakukan dinding td..dh siap paku

9. Kayu step 1 td paku pada 4 penjuru..siap dh kaki brooder anda..

7. Sila guna kuasa veto anda or kuasa pujuk rayu mahupun apa kuasa yg ada, panggil wife, anak2 or jiran tetangga sekurang2 nya seorang minta tolong pegang..

8. Step seterusnya amat mudah..pasti anda dh boleh imagined mcm mana nak buatkan...

Selamat mencuba

Thursday, May 30, 2013

Reban baru siap berbumbung...

Yeay hari nie dh siap pasang bumbung...finallly berjaya jugak buat bumbung cam bumbung rumah...asyik buat atap pisang sesikat je bosan la plak...

Sangat jeles tgk bumbung rumah org yg berlapis2 seni bumbung limas kot klau tk silap...mcm mana la diorang buat...tau je mana kayu nk dipaku dimana..so envy of them...

But, cost savvy, better buat pisang sesikat...jimat kayu dan jimat masa,tenaga nk buat...u can't be wrong klau buat bumbung pisang sesikat...sy just try buat yg mcm dkt bumbung rumah...it's happen it takes too much time and effort..dan anda kena pergi ziarah rumah sedara mara yg very old house tkde silin2 plaster bagai nie uk dpt idea mcm mana nk buat..nak cari rumah dh la satu hal...nie sambil bual2 nk curi2 jeling atap fikir mcm mana tukang buat dan susunan kayu..dh siap plak nk pakukan zink roof tue bkan mudah, mmang sure la boleh terketuk jari jemari..sgt sukar tp hasilnya, priceless klau buaf sendiri :p

Pics update later lah...now nk pandang bumbung reban baru nie puas2...mcm best jgak bila atap zink tue shining mining dkt muka kita...ngeh3x

Buat reban baru

Dh masuk hari ke dua dh buat reban nie...sepatutnya semalam siap dh frame bumbung tp cuaca, very the panas...air coke sejuk pun rasa cam air kosong je..so tangguh la ke hari ke dua..undoubtfully tkan siap punya hari nie sbb dh pukul 2 baru susun kayu lg dan sempat plak nk updae blog...dulu reban guna tiang batu, skang try tiang besi plak...ala yg biasa guna utk buat porch tue (kat kg saya la kg korang tak tau)..so far tkde prob lg...nie yg jd masalah nie...mana boleh tkde prob kan...nampak mcm great idea tp ermmm harap2 tkde prob sampai ke sudah la...

Total cost so far rm1300 give n take utk reban saiz 30'X20'...nnti dh siap semua baru kira berbaloi or tidak..rasanya ok lah kot consider semua barang baru minus tiang tue je scrap previous projek...

Give n take total time nk buat reban nie 7days siap kira hari paling malas dan hari paling rajin...kira target 7days la...sempat rasanya.

Oh yer tujuan reban nie dibuat untuk letak new breeds ayam kampung...warna sgt cantik mcm ayam hutan...

Thursday, May 23, 2013

Vaksin sampar ayam.

Sekadar untuk insurans, boleh la guna vaksin ncd...klau untuk penternak kecil2 an boleh la dapatkan di sesetengan pejabat veterinar berdekatan dgn tempat penternakan anda...biasanya klau dkt pejabat veterinar kadang2 ada tp kadang2 tkde stok..tp klau ada biasanya pulak dlm bentuk sudah dicampur dgn makanan bijian..gandum rasanya...

Klau pergi ambil di jabatan haiwan, jgn lupa siapkan kotak ice/kotak ikan sbb vaksin nie perlu disimpan dlm suhu yg sejuk @ 8'c...ayam perlu lah dipuasakan terlebih dahulu semalaman..

Kalau tk dpt dr pejabat haiwan, ada kawan sy yg jual...sy tk ada jual...harga walaupun boleh tahan, tp berbaloi...pejabat haiwan punya, faham2 sudahlah...bukan tk berkualiti tp supplier yg supply biasa la kan...nk untung lebih bg yg low class punya...lg satu terhad sbb klau pejabat haiwan tkde info bahawa anda ada ternak ayam di kawasan jajahan mereka, jd mereka tk order stok utk simpanan di tempar mereka..jd sila google zaliagrofarm.blogspot dan dapatkan vaksin.

Tp isu pokoknya, sila lah vaksin ternakan anda, terutamanya induk ayam...berbaloi2 walaupun agak leceh

Tuesday, May 14, 2013

Telur ayam utk penetasan

The most fun thing of my farming lives, pergi deliver to customer...dpt meluaskan pandangan,tukar2 idea, merapatkan silaturrahim dan hehehehe lari dr chores di reban...kira2 pergi bercuti lah...hari nie kita gie jalan dulu hantar telur ayam....by the way rekod peribadi masih tk tercalar dan hopefully terus kekal begitu...zero mortality anak ayam dlm perjalanan penghantaran...telur jer pernah 2tray pecah..tue pun salah bumper jalan...sape punya bumper ntah tk nampak pun kaler blang2..:-p

Sunday, May 12, 2013

Inkubator full automatik

Salam,

Sebarang pertanyaan berkenaan inkubator automatik kami boleh la berhubung melalui sms 012 6863157..call kadang2 dkt kebun payah nak masuk line..

Ada yg tanya mengapa beli dr kami, jawapan ada pada buyer sendiri..harga kami mungkin mahal  dr lain2 supplier, tp kami boleh la kata lama juga bertahan dalam bidang ternakan ayam kampung asli..sedikit sebanyak kami faham dan MASAK dlm inkubator..dulu pakai sendiri cuma baru2 nie saja jual inkubator sbb kami dh konfiden dgn pengilang inkubator...nampak sama jer tp dtg tgk ada beza..sebab kami MASAK SUDAH jd automatik kami ada buat penambahbaik pada inkubator jualan kami

Faham2 sendiri la brg buatan china, alang2 handphone canggih latest model pun boleh di copy inikan pula inkubator..kmcm2 ragam dia klau nk adjust sdiri mmang hancus la....

Coretan rasa bukan apa, pagi td ada call maki2 sy, kata jual inkubator dan senyap terus alih2 dpt no phone dr blog psl no dr resit tk angkat, tunjuk gambar nampak mcm sama, bila check balik beli dr supplier lain la..hampeh sesia je pergi tgk dkt tempat dia..bkn dkt kita di selatan dia nun jauh di pantai timur..dkt2 nk sampai sempadan negara lain plak lg...rupanya beli dr org lain dan seller janji jual je..seller tk bela ayam pun...

Penetasan telur bkn shj membabitkan inkubator, tk kisah la pakai jenama brinsea sekalipun, jenama gemilang incubator( mcm sy jual) ataupun kotak kayu,plastik,playwood malahan kotak kasut sekalipun..tetapi melibatkan pelbagai proses,aturcara dan teknik..teknik nk pilih telur, letak tslur dsb...

So buyer inkubator sy dpt la sy share info2 tue semasa bertemu saya, semasa di tunjuk cara menggunakan inkubator dan semasa penerimaan.tue semua melibatkan kos dan kos tersebut sy serap sedikit dlm harga jualan...harga jd agak tinggi sedikit tp semua boleh dirunding..tk pernah ada konsep harga mati dlm sales sy..sbb akhirnya buyer akan jd kawan dan sama2 kita boleh bantu membantu dr segi jualan, networking dsb...klau nk harap jual anak ayam atau inkubator, dh lama dh sy bungkus tutup reban..

Ada apa2 masalah sms/call jer..dkt skjap sampai tkpun plg2 3 hari sy sampai dh...tkde sy minta duit cas dtg pun sbb bg sy org panggil sbb ada prob tkkan kita nk pow lg..umpama org jatuh kita pijak lg..

Bidang nie memerlukan jaringan contact yg meluas, sbb itu sy lebih rela ber sms dr call sbb detail2 akan tersimpan..call lpas borak2 sure tk brapa ingat silap2 nama pun tk ingat..

Jadi sekali lg nk tekankan, sy tk buat untung melampau atas jualan inkubator atau anak ayam sy cukup sekadar boleh cover kos nk besarkan anak ayam atau jual pun bila ada lebihan stok...sales sy,untung sy lebih kepada jualan telur ayam kampung dan dan ayam kampung..

P/s: untuk bro J, rileks bro tkde hal... tk salah pun mmang le brg buatan china 'sepesen' je tgk...sama tp lain...kuikui

Thursday, May 9, 2013

Gambar Anak ayam kampung sy

Sila makan,membesar lah dgn sihat...nk raya dh nie sayang2 sekalian
tgh tunggu makanan di tuang

posing sket lg.... :-P

Monday, May 6, 2013

Anak ayam kampung asli utk di jual

Salam,

Ada lebihan stok anak2 ayam berumur 1minggu dan 5minggu utk dijual. Lebihan stok nie ada dlm 500ekor first come first served basis...yg lain dh ada yg booked..

Selain drpd lebihan stok yg disebut td, kami ada kapasiti untuk mengeluarkan +- 500 ekor anak ayam berumur seminggu setiap minggu..

Call/sms 012 6863157

Friday, April 26, 2013

Tips utk lihat telur bernas/ berbenih

Sekadar berkongsi ilmu yg sy dapat..

Bahan penting: sebentuk cincin emas dan seutas benang

Penternak kecil mcm kita kena lah maksima kan pengeluaran dan punca pendapatan..contoh mcm telur, nk masuk inkubator atau nk jual terus, telur yg agak2 jantina lahir jantan bolehla awal2 asing utk jual, lpas tue memandangkan kapasiti inkubator kecil, kena lah pilih telur yg bernas...

Untuk check telur sama ada berpotensi untuk menjadi anak ayam lpas 21hari dlm inkubator, sy dapat teknik guna cincin emas..yups guna cincin emas...gantungkan sebentuk cincin emas milik wife/isteri/darling anda ( pinjam kjap la kat mem) pada seutas benang...gantung di atas telur tp jgn sampai bersentuhan, anda dpt lihat perbezaan yg ketara klau buat kt satu tray telur.

Sure magic kan tgk telur yg ada benih cincin emas bergerak seolah2 ia tertolak dr telur..lg berat cincin lg best lg ketara tp sebaik2 nya guna cincin belah rotan..

Telur yg tk gerak/ tkde renspons tk yah la la masuk inkubator jual kopitiam pun ok dah...saintifik explanation sy tkleh bgtau kenapa psl sy tak tau, tp semestinya ada penjelasan yg wajar...penternak kecil2an boleh la try sendiri...klau besar2an guna je egg tester mcm hatchery besar guna..

Cara nie tkyah dah nak sibuk2 bkak inkubator buat candling..dgn cuaca panas skang klau duduk depan inkubator lama2 pun pecah gak peluh

Selamat mencuba

Wednesday, April 24, 2013

Brooder anak2 anak ayam saya...

Sekadar berkongsi setup brooder saya.guna digital termostat so suhu stabil sentiasa...panas kasi kipas sedut udara keluar..Setup brooder mcm nie sy ada jual, harga boleh dirunding utk kwn2 blog saya...tp klau nak buat sdiri, digital termostat sy ada jual..siapkan brooder sy dtg tolong wiringkan..hehehe kemas sikit la dr wiring yg sy buat nie...digital termostat siap pasangkan wiring RM160.00 shj...
Tinggi rendah brooder boleh adjust
Pandangan dari belakang
tengah adjust wiring

Monday, April 15, 2013

Inkubator dan hasilnya..

Hari syukur makin ramai plak menetas...sape nak leh booking dua minggu lagi yg nie dh leh jual, yg ready stok tk byk lg..ada la dlm 500ekor...

Sunday, April 14, 2013

Inkubator for sale

Inkubator Fully Auto FActory made detail spt berikut http://bantak.blogspot.com/2012/09/inkubator-fully-auto-factory-made.html

Thursday, April 4, 2013

sekitar penternakan ayam kampung saya


                                   Induk-induk ayam sedang makan sayur...go veggie go! save cost


2nd inkubator almost penuh...masyukkkk nie :-)


                                                             
                                                                  yang ini penuh sudah

                                                   
                                                               Brooder in progress........

 bakal-bakal induk

                                                   

  Yang ini anak ayam kesayangan adik, siap simpan dalam brooder dia dalam rumah



                                           
                                                abis lah almari ini..jadi brooder lah jawabnya
 
                                              part nak kena repair2 nie lah yang tk gemar sgt nie............... 


Sunday, February 10, 2013

Mengasingkan telur jantan dan betina untuk tetasan

Naik berpinar mata mengasingkan telur yg besar kemungkinan jantina nye jantan dan yang betina..ada sahabat order nak yang  betina shj..kira order keets la kot..jd yg agak2 nnti menetas jantan terus letgo je telur tue kat kopitiam..tetaskan pun nnti dpt anak jantan nk bela pun jenuh...
agak mencabar kesabaran juga lah
dah asing susun plak dlm tray
sambil tue kira brapa byk