contact number

My contact number 01137063147 call/sms

Thursday, January 30, 2014

Penternakan Ayam Kampung Asli

Assalammualaikum.

Ramai yang bertanya prospek penternakan ayam kampung asli / ori dan perbandingannya antara ayam kampung/kacukan/organik.

Ayam kampung asli/ori memakan masa lingkungan 4-5 bulan untuk mencapai berat ideal pemasaran.

Ayam kampung / kacukan / organik pulan lingkungan 2bulan setengah ke 3 bulan setengah(bergantung kaedah dan pemberian bahan makanan).

=Dari segi masa , YA ayam kampung/kacukan sgt menarik untuk dibela..tempoh masa singkat sblm dpt dipasarkan.

------------------------------####

Kos pemakanan.

Ayam kampung asli

Pemberian makanan untuk ayam kampung asli dpt dipelbagaikan..dpt dicari dr pelbagai sumber..dr yg percuma sehingga yang berbayar..tidak perlu byk modal..mudah di persediakan dan mostly readily available.

Ayam kacukan.

Ayam kampung kacukan ialah kacukan ayam kampung dan ayam pedaging..memiliki daya feed conversion ratio (FCR) yg lebih baik..tidak memiliki daya / keinginan/kemampuan untuk terbang tinggi..

Pemakanannya agak rumit. Walaupun ada kawan2 yang menghasilkan campuran makanan mereka sendiri..kos yg dikeluarkan adalah sekitar 30% lebih rendah dr makanan komersil yang tersedia...kalau bela part time atau dibantu ahli keluarga..satu nightmare nak membancuh makanan..

Komersil food harga lingkungan termurah RM85 hingga setinggi RM110.00 satu guni 50kg..

Penternak yang sgt teliti menggunakan sekitar 9 beg makanan utk 200ekor ayam dr kecil hingga ke waktu jualan. 

Penggunaan bahan makanan campuran sendiri tidak berbaloi utk jumlah ternakan yg kurang 2000 ekor.

-------------------------------------------------

Kos Reban

Anggaran kasar bagi kos reban 30'X20' untuk ayam kampung asli ialah rm4k.

Kos reban ayam kampung kacukan pula jauh lebih tinggi kerana perlukan reban yang sempurna..ini kerana untuk memudahkan penjagaan ayam. Kos secara kasarnya ialah rm10 ke rm15 sekaki persegi.( saiz minima untuk seekor ayam 1kaki persegi jd katakan ayam dibela 600 ekor perlu saiz 600kaki persegi)..

Kos reban yang dibuat untuk seorang rakan berukuran 30'X60' ialah rm7k tidak termasuk upah..

Saiz reban sgt berbeza untuk keperluan ayam kampung asli dan kacukan. Kuantiti ayam ternakan juga berbeza.

* berdasar pengalaman kami..kuantiti ayam asli sebanyak 300 ekor adalah sama dgn kuantiti 600ekor ayam kacukan dari segi hasil pendapatan kemudiannya.

----------------------------------------------

Pemasaran

Oleh kerana permintaan yang tinggi...pemasaran adalah lebih mudah..harga jualanbyg sgt baik dan juga jika memilih untuk menjual secara borong, terdapat ramai pemborong yang pasti berminat.

Ayam kacukan..

Persaungan sgt tinggi dgn penternak komersil..bagaimana untuk bersaing harga dgn penternak komersil yang menternak dgn jumlah belasan malahan puluhan ribu sepusingan adalah satu headaches..kecuali jika anda sgt A dalam pemasaran...

Adalah sukar untuk bergantung harap pada pemborong dan margin untung yg rendah jika anda menjual kpd org tgh..harga borong lingkungan rm6.80 ke rccm9 sekilo.

--------------------------------------------------

Berdasar pengalaman kami, jika diminta memberi pendapat dan input..kami memberi pandangan

1. Untuk penternak kecil2an..hobbyist..backyard...sekadar menambah punca pendapatan...ayam kampung asli terbaik utk dibela buat permulaan..buat2 utk kenal ayam dan ragam pemasaran sebelum melangkah ke bidang ternakan ayam kacukan..

2. Untuk yang bermodal..punya kesungguhan dan kemampuan untuk melakukan pemasaran agresif ( those who are capable to fund the operation cost, with great marketing strategies and enough manpower) ayam kacukan adalah terbaik.

For every choice you make..we are willing to lend our hand and share our knowledge..we am more than glads to get in touch with you and who knows there is windows opportunity for us to work together..

Wednesday, January 15, 2014

Tips membela anak ayam

Salam...

Sekadar ber "share"... anak ayam yang berusia di bawah 3minggu perlukan suhu yg stabil. Ada berbagai pendapat berkaitan suhu...tp kami lebih cenderung menjaga suhu pada 30 darjah selsius.. bagi yang menggunakan design brooder automatik pasti tidak mengalami byk kesukaran..namun utk yg menggunakan mentol sebagai sumber haba...kepakaran dan penelitian sgt diperlukan...cara menentukan suhu byk ditulis di merata2 blog...sekadar refresher...anak ayam akan berkumpul dan berkelompok jika kesejukan dan bertebaran jika suhu sekata...(maaf walaupun kami ada pic..payah betul nk upload..tp rasa2 gambar mcm tue bersepah ada)

Ramai kawan2 yang tak berapa kisah sgt...tp bg pendapat kami...disinilah part yg plg main peranan...anak ayam yg sihat dan cergas dr awal akan meminimakan kos...campur tolak kos...relatifnya lg berbaloi buat full auto brooder..pun boleh digunakan sebagai incubator manual yg besar...kadang2 sesak2 inkubator penuh sy jdkan brooder sy hatcher...

Bahan2 brooder.

Beli boltless rack system...ala rak biru kuning yg pakai dekat kedai runcit tue..bahan yg sama jgak la sy guna

Rak tue dh sampai sekali nyan kayu dia..harga off course ikut saiz..tk sampai 3rat dpt dah...once dh pasang..automatik sy confirm dh tau mcm mana nk buat..or if tkde idea lg...then.....

Nie design satu tingkat jer

Rak tue 4 tingkat /layer..jadikan 2 layer jer...belen2 kayu tue potong lah utk jdkan dinding kiri kanan dan side tepi..dinding tie mesti lah cover dr first layer ker 2nd layer..

Siap dinding skru kan jer...td layer kedua dh jd pintu...so brooder anda pintu kat atas..

Control panel..kipas..lampu semua lekat dinding jer..

Errrr klau tk dpt idea jgak mcm mana...control panel pun tk tau mana nk beli..kami ada buat dan jual brooder automatik nie..kos dan upah all in Malaysian Ringgit RM1100.00ktp dua layer la kami buat..

So buat sdiri pun boleh..suruh kami buat pun cantik jgak...

Hihihi anyway if sy ada free time dan kesempatan...sy upload kemudian step2 bergambar..lg mudah kot..

Sekian sharing is caring ..

Hihihi

Friday, January 10, 2014

Anak Ayam Kampung Asli

Salam.

More stock of anak ayam kampung for sales...