contact number

My contact number 01137063147 call/sms

Wednesday, January 15, 2014

Tips membela anak ayam

Salam...

Sekadar ber "share"... anak ayam yang berusia di bawah 3minggu perlukan suhu yg stabil. Ada berbagai pendapat berkaitan suhu...tp kami lebih cenderung menjaga suhu pada 30 darjah selsius.. bagi yang menggunakan design brooder automatik pasti tidak mengalami byk kesukaran..namun utk yg menggunakan mentol sebagai sumber haba...kepakaran dan penelitian sgt diperlukan...cara menentukan suhu byk ditulis di merata2 blog...sekadar refresher...anak ayam akan berkumpul dan berkelompok jika kesejukan dan bertebaran jika suhu sekata...(maaf walaupun kami ada pic..payah betul nk upload..tp rasa2 gambar mcm tue bersepah ada)

Ramai kawan2 yang tak berapa kisah sgt...tp bg pendapat kami...disinilah part yg plg main peranan...anak ayam yg sihat dan cergas dr awal akan meminimakan kos...campur tolak kos...relatifnya lg berbaloi buat full auto brooder..pun boleh digunakan sebagai incubator manual yg besar...kadang2 sesak2 inkubator penuh sy jdkan brooder sy hatcher...

Bahan2 brooder.

Beli boltless rack system...ala rak biru kuning yg pakai dekat kedai runcit tue..bahan yg sama jgak la sy guna

Rak tue dh sampai sekali nyan kayu dia..harga off course ikut saiz..tk sampai 3rat dpt dah...once dh pasang..automatik sy confirm dh tau mcm mana nk buat..or if tkde idea lg...then.....

Nie design satu tingkat jer

Rak tue 4 tingkat /layer..jadikan 2 layer jer...belen2 kayu tue potong lah utk jdkan dinding kiri kanan dan side tepi..dinding tie mesti lah cover dr first layer ker 2nd layer..

Siap dinding skru kan jer...td layer kedua dh jd pintu...so brooder anda pintu kat atas..

Control panel..kipas..lampu semua lekat dinding jer..

Errrr klau tk dpt idea jgak mcm mana...control panel pun tk tau mana nk beli..kami ada buat dan jual brooder automatik nie..kos dan upah all in Malaysian Ringgit RM1100.00ktp dua layer la kami buat..

So buat sdiri pun boleh..suruh kami buat pun cantik jgak...

Hihihi anyway if sy ada free time dan kesempatan...sy upload kemudian step2 bergambar..lg mudah kot..

Sekian sharing is caring ..

Hihihi

Friday, January 10, 2014

Anak Ayam Kampung Asli

Salam.

More stock of anak ayam kampung for sales...

Monday, December 9, 2013

Anak ayam daging (broiler chicken)

Salam.

Untuk kawan2 yg nak test bela ayam daging kuantiti kecil boleh hubungi saya..saya boleh supply tp minimum order 300ekor.

HARGA ikut harga semasa pengilang sbb anak ayam dging berubah2 harganya ikut demand and supply.

Call/sms 01137063147 untuk keterangan lanjut

Sunday, December 1, 2013

Anak ayam kampung asli untuk dijual

Salam.

Buat masa nie ada 400ekor++ anak ayam umur 2minggu, 300++ umur 3minggu, dan 200++ anak ayam berumur 4minggu lebih..

Jemput dtg ke reban atau call/sms untuk beri alamat penghantaran.

Harga dan kuantitI boleh dirunding. 01137063147 sue/suffian

Terima Kasih

Tuesday, November 19, 2013

Design brooder cara kani

Asyik postimg iklan je pun bosan jugak..setakat nk iklan anak ayam rasanya pembaca pun dh tau produk jualan kami...hehehe anak ayam kg ori sentiasa je ada stok.pelbagai umur.

So skang kami nk bercerita la bab brooder..hat dulu2 design brooder mcm biasa la buat kotak 2x2 buh lantai jaring...la nie masa pun dh berubah jd design brooder pun berubah jgak la.

Pengalaman dh bgtau kami...anak2 ayam yg dijaga dgn baik pada peringkat awal akan lebih menjamin hasil yg baik...oleh kerana yg demikian, peringkat perindukkan adalah sgt penting..

Design brooder yg sebaik2 nya mestilah dpt memberi haba yg diperlukan..maksud sy, anak ayam perlu suhu yg stabil dan kepanasan yg mencukupi..jadi penting brooder nie boleh tampung dan "pegang"  suhu yg diperlukan..

Bagi sy..suhu pada brooder pasa peringkat 3 hari pertama ialah 35'C lpas tue turun 1'C setiap sehari berikutnya..kemudian hari ke 9 suhu dh turun pada 30'C.. suhu nie kemudian sy maintain pada 29.5'C sampai sy turun ke reban bawah ataupun semasa menjual..pada hujung minggu ke dua biasanya anak ayam sy dh ckup kuat utk hidup tanpa bantuan haba.

Mcm mana nk control suhu? Guna thermostat lah..tp sy cadangkan guna thermostat digital..tk mahal mana pun..lg mudah nk set dr guna analog..

Design brooder di reban kami,  brooder bersaiz 4x6 bertutup keseluruhannya...suhu dikawal dgn bantuan termostat digital. Bahan pemanas menggunakan mentol lampu 100watt X2.. dua biji mentol 20watt digunakan sebagai guide lights utk menerangi brooder sentiasa...kipas 4inci X2 digunakan utk menarik udara sejuk dr luar dan mengeluarkan udara panas dr dlm brooder.. lantai brooder di lapik dgn habuk kayu...

Thursday, October 31, 2013

Inkubator automatik : Mengapa beli dari kami

Salam. 

Ada bakal buyer yang call dan tanya sebutharga inkubator yang sy berikan kpd mereka adalah sangat dan tersangat mahal. Disini suka sy nyatakan harga inkubator sy adalah sgt berpadanan dgn apa yg buyer sy dpt.

Utk harga yg diberikan..anda dpt inkubator direct ke pintu reban atau ladang anda. Inkubator yang dihantar adalah di import secara half complete maksudnya wiring tidak dipasang..suhu dan humidity tidak di calibrate dsb. Itu mengambil masa selama 3 hari utk setting segalanya dengan sebaik mungkin. Teknikal team kami adalah individu yang sangat mahir dengan komponen elektrikal dan kuasa elektrik.

Stok inkubator pula ada tersedia sentiasa. Tidak perlu menanti bayaran deposit 50% atau sebagainya..deposit ini biasanya diperlukan untuk membuat proses pengimportan kerana stok tiada ditangan penjual. Ini berbeza dengan proses jualan dengan kami dimana disini anda dtg pilih dan kami hantar mengikut jadual yang dipersetujui. Kos penghantaran sudah termasuk dalam sebutharga.

Bagi yang belum pernah membeli barangan direct dari pengeluar pasti belum memahami kesukaran mendapatkan alatganti. Ya alatganti yang mudah boleh didapati di pasaran biasa. Tetapi bagi komponen utama"heart of the incubator" sistem komputer tidak disertakan. Disini masalah timbul dimana alatganti yang biasa diberi ialah cuma alat ganti spt heater coil dan juga motor. Alat ganti yang lain seperti kipas biasanya tidak disediakan kerana tidak termasuk dlm waranti pengilang. Tapi kami berbangga kerana kami memiliki stok alat ganti yang lengkap tersedia sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Proses sangat mudah disini dimana anda akan dapat alatganti anda dgn segera dan yg selainnya kami uruskan dengan pengilang dimana kami adalah agent distributor rasmi. Ramai penjual memberi ayat standard pengilang iaitu jaminan 3tahun tp tahukah anda bagaimana urusan tuntutan jaminan diuruskan?

Segala tuntutan jaminan adalah dengan anda berhbung dengan wakil pengilang melalui email atau jika anda mahu melalui panggilan telefon dgn wakil yg biasanya kurang mahir berbahasa inggeris. selepas itu anda perlu menghantar item yang rosak kepada mereka di sana dgn kos ditanggung anda. Alatganti akan diberi kemudiannya dgn segala kos juga akan ditanggung oleh anda...disini penuntut jaminan biasanya akan melalui satu proses yang menyakitkan hati dimana mereka akan meminta anda membeli sesuatu produk. Jika anda berkeras enggan membeli..barang biasanya akan di pos kembali lewat sehingga memakan masa berbulan (jika pun di pos). Pada masa itu segala panggilan anda kpd penjual inkubator anda di malaysia pun tk berguna sbb mereka pun akan menghadapi masalah serupa spt anda. Ini berbeza dgn kami  kerana kami mempunyai wakil di sana dan kami juga telah berurusan sekian lama dgn pengilang.

Time to response untuk sebarang on site visit yang percuma kami jalankan adalah biasanya dlm 1 ke 2 hari aduan diterima. 

Kos-kos utk melakukan maintenance adalah percuma tidak kira dimana lokasi buyer kami berada kerana selain menjual inkubator, kami juga menjual dan mengedar ayam ke pelbagai lokasi..location is our last concern!

Saturday, October 26, 2013

servis Inkubator

Baru-baru ini Encik suami dan off course sy sekali tour merata buat servis inkubator....sooo busy tp bessttt dpt jalan2........

sekitar tempat penternakan pemilik ladang


bukak inkubator dulu...


Turunkan kipas