contact number

My contact number 01137063147 call/sms

Tuesday, November 19, 2013

Design brooder cara kani

Asyik postimg iklan je pun bosan jugak..setakat nk iklan anak ayam rasanya pembaca pun dh tau produk jualan kami...hehehe anak ayam kg ori sentiasa je ada stok.pelbagai umur.

So skang kami nk bercerita la bab brooder..hat dulu2 design brooder mcm biasa la buat kotak 2x2 buh lantai jaring...la nie masa pun dh berubah jd design brooder pun berubah jgak la.

Pengalaman dh bgtau kami...anak2 ayam yg dijaga dgn baik pada peringkat awal akan lebih menjamin hasil yg baik...oleh kerana yg demikian, peringkat perindukkan adalah sgt penting..

Design brooder yg sebaik2 nya mestilah dpt memberi haba yg diperlukan..maksud sy, anak ayam perlu suhu yg stabil dan kepanasan yg mencukupi..jadi penting brooder nie boleh tampung dan "pegang"  suhu yg diperlukan..

Bagi sy..suhu pada brooder pasa peringkat 3 hari pertama ialah 35'C lpas tue turun 1'C setiap sehari berikutnya..kemudian hari ke 9 suhu dh turun pada 30'C.. suhu nie kemudian sy maintain pada 29.5'C sampai sy turun ke reban bawah ataupun semasa menjual..pada hujung minggu ke dua biasanya anak ayam sy dh ckup kuat utk hidup tanpa bantuan haba.

Mcm mana nk control suhu? Guna thermostat lah..tp sy cadangkan guna thermostat digital..tk mahal mana pun..lg mudah nk set dr guna analog..

Design brooder di reban kami,  brooder bersaiz 4x6 bertutup keseluruhannya...suhu dikawal dgn bantuan termostat digital. Bahan pemanas menggunakan mentol lampu 100watt X2.. dua biji mentol 20watt digunakan sebagai guide lights utk menerangi brooder sentiasa...kipas 4inci X2 digunakan utk menarik udara sejuk dr luar dan mengeluarkan udara panas dr dlm brooder.. lantai brooder di lapik dgn habuk kayu...

Thursday, October 31, 2013

Inkubator automatik : Mengapa beli dari kami

Salam. 

Ada bakal buyer yang call dan tanya sebutharga inkubator yang sy berikan kpd mereka adalah sangat dan tersangat mahal. Disini suka sy nyatakan harga inkubator sy adalah sgt berpadanan dgn apa yg buyer sy dpt.

Utk harga yg diberikan..anda dpt inkubator direct ke pintu reban atau ladang anda. Inkubator yang dihantar adalah di import secara half complete maksudnya wiring tidak dipasang..suhu dan humidity tidak di calibrate dsb. Itu mengambil masa selama 3 hari utk setting segalanya dengan sebaik mungkin. Teknikal team kami adalah individu yang sangat mahir dengan komponen elektrikal dan kuasa elektrik.

Stok inkubator pula ada tersedia sentiasa. Tidak perlu menanti bayaran deposit 50% atau sebagainya..deposit ini biasanya diperlukan untuk membuat proses pengimportan kerana stok tiada ditangan penjual. Ini berbeza dengan proses jualan dengan kami dimana disini anda dtg pilih dan kami hantar mengikut jadual yang dipersetujui. Kos penghantaran sudah termasuk dalam sebutharga.

Bagi yang belum pernah membeli barangan direct dari pengeluar pasti belum memahami kesukaran mendapatkan alatganti. Ya alatganti yang mudah boleh didapati di pasaran biasa. Tetapi bagi komponen utama"heart of the incubator" sistem komputer tidak disertakan. Disini masalah timbul dimana alatganti yang biasa diberi ialah cuma alat ganti spt heater coil dan juga motor. Alat ganti yang lain seperti kipas biasanya tidak disediakan kerana tidak termasuk dlm waranti pengilang. Tapi kami berbangga kerana kami memiliki stok alat ganti yang lengkap tersedia sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Proses sangat mudah disini dimana anda akan dapat alatganti anda dgn segera dan yg selainnya kami uruskan dengan pengilang dimana kami adalah agent distributor rasmi. Ramai penjual memberi ayat standard pengilang iaitu jaminan 3tahun tp tahukah anda bagaimana urusan tuntutan jaminan diuruskan?

Segala tuntutan jaminan adalah dengan anda berhbung dengan wakil pengilang melalui email atau jika anda mahu melalui panggilan telefon dgn wakil yg biasanya kurang mahir berbahasa inggeris. selepas itu anda perlu menghantar item yang rosak kepada mereka di sana dgn kos ditanggung anda. Alatganti akan diberi kemudiannya dgn segala kos juga akan ditanggung oleh anda...disini penuntut jaminan biasanya akan melalui satu proses yang menyakitkan hati dimana mereka akan meminta anda membeli sesuatu produk. Jika anda berkeras enggan membeli..barang biasanya akan di pos kembali lewat sehingga memakan masa berbulan (jika pun di pos). Pada masa itu segala panggilan anda kpd penjual inkubator anda di malaysia pun tk berguna sbb mereka pun akan menghadapi masalah serupa spt anda. Ini berbeza dgn kami  kerana kami mempunyai wakil di sana dan kami juga telah berurusan sekian lama dgn pengilang.

Time to response untuk sebarang on site visit yang percuma kami jalankan adalah biasanya dlm 1 ke 2 hari aduan diterima. 

Kos-kos utk melakukan maintenance adalah percuma tidak kira dimana lokasi buyer kami berada kerana selain menjual inkubator, kami juga menjual dan mengedar ayam ke pelbagai lokasi..location is our last concern!

Saturday, October 26, 2013

servis Inkubator

Baru-baru ini Encik suami dan off course sy sekali tour merata buat servis inkubator....sooo busy tp bessttt dpt jalan2........

sekitar tempat penternakan pemilik ladang


bukak inkubator dulu...


Turunkan kipas

Monday, September 16, 2013

Anak ayam untuk dijual

Assalammualaikum,

posting nie adalah post first saya sebagi owner baru blog aku penjual ayam..patut la mr husband sblm nie suka sgt hantar anak ayam kpd customer..seronok sgt bila pergi jual anak ayam...Syukur sgt sejak ambil alih biz nie dr mr husband (hari ke 3 puasa), anak ayam menetas dgn byk nyá...ramai jgak kenalan baru dan contacts baru yg saya kenal...

Terima kasih atas kepercayaan utk buat urusniaga dgn saya..tp maaf juga lah sbb kekangan masa sebagai seorang ibu dan isteri, saya tk dapat lah mcm suami dulu anytime tk kira pukul berapa pun boleh angkat phone atau balas email...masa saya agak terhad tp sebarang panggilan tk berjawab, sms dan email insyaallah akan saya balas kembali..

di kesempatan ini juga, saya ada nk beritahu, saya memiliki stok anak ayam berumur 1minggu, 2minggu, 4minggu dan 6minggu untuk yang berminat..

boleh la hubungi saya untuk maklumat lanjut 011371063147 wan sue

Thursday, July 18, 2013

Bulan Ramadhan, bulan rahmat dan keberkatan

Assalammualaikum,
Salam ramadhan dr kami sekeluarga...
Tak lama lg blog nie akan ada penyumbang "input" yang baru... baru2 nie sy diberi peluang untuk terbabit dalam satu J.V...so perlukan komitmen yg tinggi dan yg penting untuk elak sebarang " conflict of interest", maka rasanya elok klau sy pass urusan pembekalan anak ayam dan inkubator pada teman rapat merangkap co-owner, co-driver dan segala mcm co- lg lah..bukan siapa2 pun tp my wifey jer...
Untuk yg rasa2 nya yang baru2 nak bela ayam boleh juga dptkan info dr puan wan suriati nie. Yang "otai" tue sy minta tolong lah klau dpt tolong ajar, share,ajar info baru kpd wan sue..insyaallah ilmu yg baik kalau di kongsi amat bermanfaat...nk dptkan benih atau nak order/tanya psl inkubator dan jugak bantuan2 berkenaan ayam boleh la terus hubungi wan sue nie...no contact buat masa nie seperti di atas.. 01137063147..
Untuk pembeli2 inkubator fully auto kami, jaminan dan warranti semua mcm biasa..teknikal team pun org biasa jugak...yg beza skang nie ialah urusan jual beli benih anak ayam dan inkubator wan sue yang urus...update blog pun wan sue jugak...sbb lpas nie sy tukar base sudah! Hohohoho tempat tue mmang selalu sy cita2kan nk pergi.
Anyway belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak

Saturday, June 22, 2013

Pembinaan reban baru dan suasana sekarang

Sekitar kawasan reban ayam sy..reban baru make up dh separuh jalan...tinggal lg bubuh kaler2 kt tiang setel lah sudah...visitor di alu-alukan dtg tp minta tolong sgt2 if nk dtg, straight dr bilik mandi rumah, pakai baju lawa2 terus dtg tempat sy tk mau singgah reban ayam lain..kesian ayam2 klau terkena jangkitan kuman dr reban lain...yg sebenarnya lg kesian kat sy la... :p

Thursday, June 20, 2013

Anak ayam..

Salam,

Ada anak ayam belen dlm 130ekor...siapa nak sila msg 012 6863157...call ntah kenapa mesti trus masuk voicemail...leceh la pulak...