Kita menari keluar bilik
sebarang tari kita tarikan
kita menyanyi adikberadik
sebarang nyanyi kita nyanyikan
berhati2 bila berkata
nilainya diri dihujung lidah
sebab pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
ikut cakap org dulu2
susun2 satu-satu
bila bicara fikir dahulu
menepis dia senyum dan silu
menegur dia tegur berlagu
marah dia seloka lucu
meniti seri bahasa kita
menegur tdk menyingung
menyindir santan berlada
lemakpun lemak pedas terasa
kalau guruh dia berdentum
kalau badai dia berderu
kalau daun dia berdesir
menikam cara berpantun
meninggi tidak menyokong
kurang ajarnya tetap bersantun
memang melayu dia seloka
memang melayu dia bermahda
memang melayu manis bicara
memang melayu baik bicara>>>
by pakyob malaya
No comments:
Post a Comment